Day 7: Alpa


Suka itu buat aku alpa
Ketawa itu buat aku leka
Senang itu buat aku lupa

Hilang ke mana kata yang dipegang?
Ke ceruk mana dihumban sang tujuan?

Bangun, aku perlu bangun
Khayalan tu takkan pernah benar
Masih banyak yang perlu dikejar
Masih jauh perjalanan sebuah kehidupan

Sedar, aku perlu sedar
Kerana masa tak pernah alpa 
Kerana kegagalan itu sentiasa ada
Teman yang setia kalau terlena

Atau...

Aku hanyut terlupa
Kepada sakitnya jatuh
Hancurnya hati
Kerana membiarkan rasa
 menjadi raja



Jumaat (26/07/2013 @ 1440)
-Inawza Yusof

Day 6: Dua

Mulut berkata badan binasa
Kenapa tak difikir sebelum diluah semua?

Kalau empunya jasad tak peduli
Yang belakang kenapa perlu berbunyi? 
Aku bahagia, senang hati
Tak perlu bukti mendabik diri

Manusia dicipta berbeza-beza
Kau dan aku tak pernah sama
Kalau tak faham sepenuh cerita
Tak perlu dicanang serata dunia

Oh ya

Ada sebab kenapa aku sering sendiri
Bukan kerana meninggi diri 
Jauh sekali mahu lari

Cuma...aku lebih selesa begitu
Daripada bersama mereka
Yang manis di depan dalam bergerutu
Yang sentiasa belagak tahu segala.




Jumaat (19/07/2013 @ 0255)
- Inawza Yusof


Day 5: Diam




Jasad aku cuma satu
Sakit pun itu
Senang pun itu 
Mungkin nampak beku
Tapi sungguh
Aku rasa semua tu

Diam aku bukan bisu
Bicara aku bila perlu
Ikut tempat ikut waktu
Kerana sungguh
Lebih mudah begitu
Daripada berkata yang tak tentu



Isnin (21/01/2013 @ 1655)
- Inawza Yusof