Kalau boleh dipesan pada aku yang dulu, yang dungu
Akan aku kata
"Hati itu jangan sewenang diberi
Semata termakan pada janji yang bakal basi
Semata terhanyut dengan sebuah ilusi
Kerana keperitan akan sentiasa menunding jari
Aku atau kau
Lalu sampai...keduanya kemudian mati
Dan kau tertanya sendiri
Bagaimana dengan cinta sebelum ini
Yang dikejar dicari, ternanti-nanti setiap hari?"
Akan juga aku katakan
"Kau itu terlalu rapuh
Mudah berserpihan
Jangan berharap ada yang mampu bertahan
Kau itu layak hidup dalam mimpi
Sampai mati."
Tuesday (15/03/2016@2340)
-Inawza Yusof