Day 23: Separuh

 Buat kita


Mereka dua manusia 
Yang suka duduk berbicara, bercerita
Dulu suatu ketika
Pabila masa itu masih ada
Tidak terpisah jarak juga kerja
Dan bicara mereka itu masih melekat setia
Katanya kepada dia
Kerna kamu tak beri sepenuh jiwa
Hidup separuh segala sentiasa
Makanya sampai bila kamu takkan rasa
Dunia yang benar dan nyata
Kerna separuh itu tak sama 
Seolah kamu wujud hanya untuk semata


Dan kata dia kepadanya semula
Dulu suatu ketika
Pabila masa itu untuk mereka cuma sentiasa
Bukan aku tak berani berdiri memberi seluruh ada
Atau memacak angan serta harap ke langit meninggi atas sana
Tapi...aku tak percaya pada yang diharap
Kelak bila diketip sayapku
Lantas menjunam ke bumi terhempas berderai
Aku juga yang bakal terkial
Mengutip mencantum serpihan itu sendiri
Bersama sakit pedih hancur tak terperi
Jadi supaya aku terjaga
Separuh untuk semua segala sentiasa
Cukup!


Jumaat (9/1/2015 @ 1210)
-Inawza Yusof

No comments:

Post a Comment