Day 25: Hilang



Lari...lari daripada semua yang ada
Mereka! Dunia! Aku!
Lari sampai mana kamu mampu
Lari sampai di keliling jauh berbatu
Tapi jangan kamu kata itu untuk aku
Jangan kata ianya perlu
Kerana kita juga tentang aku
Dan aku juga ada mahu
Biar aku tentu apa untuk aku
Aku kata akan tunggu...selalu
Tapi kamu perlu tahu
Hati aku itu cuma satu
Dan kamu ada seluruhnya
Bila nanti terlalu berat untuk kamu
Campak saja ke mana-mana
Aku tak akan apa-apa
Biar berganda sakit dibuang
Daripada dipulang...tapi tak sama.






Khamis (26/2/2015 @ 0009)
-Inawza Yusof



No comments:

Post a Comment